Perdana Menteri Yunani
Perdana Menteri Yunani

Perdana Menteri Yunani

Perdana Menteri Yunani (Bahasa Yunani: Πρωθυπουργός της Ελλάδας, Pro̱thypourgós ti̱s Elládas), atau secara rasminya Perdana Menteri Republik Yunani (Bahasa Yunani: Πρωθυπουργός της Ελληνικής Δημοκρατίας, Pro̱thypourgós ti̱s Elli̱nikí̱s Di̱mokratías), merupakan ketua pemerintah Republik Yunani Kelima serta kabinetnya. Jawatan ini dirujuk dalam Perlembagaan Yunani sebagai "Presiden Pemerintah" (Πρόεδρος της Κυβερνήσεως, Próedros ti̱s Kybernēseo̱s), maka penjawat pejabat ini turut dianggap dan digelar sebagai seorang "Presiden". Perdana Menteri Yunani dilantik secara rasminya oleh presiden negara tersebut.Penyandang terkini jawatan ini ialah Kyriakos Mitsotakis yang memulakan jawatannya pada 8 Julai 2019.